• Sunday, 20 June 2021, 3:30 pm

#WAAW: Neelofa disiasat lagi, hadapi dakwaan tak pakai pelitup muka ke mahkamah

 #WAAW: Neelofa disiasat lagi, hadapi dakwaan tak pakai pelitup muka ke mahkamah

SEREMBAN, 21 Mei — Nama selebriti Neelofa memang sentiasa panas di bibir dan papan kekunci netizen Malaysia. Apa sahaja yang dilakukan oleh Neelofa sudah pasti ada mata yang memerhati dan menunggu masa untuk mencari kontroversi yang dilakukannya.

Terbaru pihak Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan usahawan dan selebriti itu yang tidak memakai pelitup muka ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
“Laporan polis diterima kerana tindakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti yang diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang ramai, termasuk mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh.

“Penjelasan berkenaan perkara ini telah dikeluarkan KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam tular gambar kehadiran Neelofa ke kompleks mahkamah berkenaan, yang mengundang pelbagai respons orang ramai apabila rata-rata mendakwa beliau tidak memakai pelitup muka walaupun mengenakan niqab.

Semalam Neelofa dan suami, PU Rizhari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan melakukan aktiviti merentas negeri ke Nilai untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu.

Satu petisyen yang menggunakan tanda pagar #PenjarakanNeelofa juga masih dijalankan dan sehingga berita ini ditulis ianya telah ditandatangani oleh lebih 62,000 orang. 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *