Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
#WAAW: Namewee takut dengan peminat Kpop sampai padam muzik video?

PETALING JAYA: Pembikin filem dan penyanyi rap Namewee sekali lagi mencetuskan kontroversi dan kali ini membangkitkan kemarahan peminat Kpop dengan tindakan didakwa menghina kumpulan BLACKPINK dalam muzik video terbarunya.
Dalam muzik video lagu terbarunya bertajuk You Know Who Is My Father itu dilihat mempunyai lirik yang berbaur hinaan serta parodi watak kumpulan BLACKPINK malah ada unsur seksual yang keterlaluan.
Susulan itu peminat K-Pop khasnya di kalangan peminat kumpulan BLACKPINK mendakwa Namewee menghina kumpulan BLACKPINK dan tidak menghormati kaum wanita.

Menurut Namewee, dia menafikan bahawa dia menghina kumpulan tersebut dan berkata dia juga salah seorang yang banyak mendengar muzik Pop Korea, dan juga suka BLACKPINK.
“Tetapi pada hakikatnya, lagu tersebut tidak menghina BLACKPINK sama sekali
“Saya hanya menggambarkan gejala sosial di Malaysia dalam lagu saya, dan lirik lagu tersebut hanya menyebut BLACKPINK,” katanya menurut hantaran di laman Facebooknya.

Muzik video tersebut telah mencecah tontonan sebanyak 3.5 juta di Youtube namun telah di padam oleh Namewee kerana dipercayai takut diserang oleh peminat kumpulan tersebut yang telah “menyerangnya” di media sosial.
Tindakan Namewee juga membuatkan netizen melemparkan kemarahan yang dapat dilihat melalui komen-komen di media sosial
“As a Malaysian, I don’t even know that these men are in our industry, this is so embarrassing , kalau saya jumpa ni laki depan mata memang kena ni.” kata seorang peminat.
“Ala wee, dengan gomen polis semua tak takut, takkan dengan ARMY sampai remove vid,” tulis seorang lagi netizen.

