• Thursday, 17 June 2021, 1:17 pm

#WAAW: Nak meniaga harus bersedia terima kritikan – Sharnaaz Ahmad

 #WAAW: Nak meniaga harus bersedia terima kritikan – Sharnaaz Ahmad

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : “Saya sendiri tidak boleh memberi ulasan mengenai mutu dan kualiti restoran milik saya, nanti timbul pula isu saya berat sebelah dan sebagainya.

Sharnaaz bakal melancarkan perisa terbaru kopi Mamu Barista.

“Kalau mereka berpendapat makanan restoran saya tidak sedap tetapi pandai memberikan kritikan masakan orang lain, mereka buat channel Youtube sendiri”.

Demikian tegas Sharnaaz apabila ada yang mempersoalkan mutu makanan restoran miliknya Ayam Getok Mantul Mamu yang bertempat di Setapak Central, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai akaun Youtube miliknya itu, Sharnaaz berpendapat dia seharusnya bersikap jujur dalam memberikan komen mengenai rasa dan mutu masakan restoran yang dipilih.

“Sedap atau tidak, mereka seharusnya berbangga kerana makanan yang disediakan berada dalam radar. Apa yang penting, saya perlu bersikap jujur kerana tidak mahu menipu orang.

“Memetik nama-nama besar seperti Datuk Chef Wan, Chef Ismail, Datuk Aliff Syukri dan sebagainya, saya beberapa kali memohon maaf andai kata kritikan saya menyinggung perasaan mereka.

“Bagi saya mudah saja, hendak meniaga harus bersedia menerima kritikan. Kalau tidak jangan meniaga. Sama juga kepada saya sendiri, harus terima komen untuk memperbaiki mutu restoran,” kata Sharnaaz.

Jejaka kelahiran Pulau Pinang itu kini rancak mengendalikan Youtube yang diberi nama Sharnaaz Ahmad TV yang kini sudah mencecah 123,000 pengikut biarpun baru saja aktif sebulan lalu.

Selain nasi kandar, Sharnaaz memilih beberapa jenis makanan lain seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi beriyani dan banyak lagi mengikut cadangan penonton di ruangan komen.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *