• Sunday, 20 June 2021, 12:55 pm

#WAAW: Nak kembali kerja takut, baik fokus buat anak – Nabila Huda

 #WAAW: Nak kembali kerja takut, baik fokus buat anak – Nabila Huda

Pelakon, Nabila Huda

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Hampir enam tahun mencuba mendapatkan zuriat, pelakon Nabila Huda dan suaminya, Mohd Izwan Johar tidak berputus asa dan menyerahkan urusan itu kepada Allah.

Nabila atau lebih mesra dengan sapaan Abil itu, turut berkongsi kepada pengikutnya di sosial media doa mendapatkan anak dan keturunan yang baik.

“Saya kini mengamalkan makanan tambahan yang diberikan oleh Diana Rafar yang mana merupakan usaha untuk mendapatkan anak. Ia mengandungi madu, susu kambing, kurma dan banyak lagi yang baik untuk kesihatan.

“Susah betul hendak mendapatkan anak, hampir enam tahun. Namun saya dan suami tidak akan berputus asa kerana percaya rezeki daripada Allah.

“Memandangkan saya ketika ini takut hendak kembali bekerja kerana wabak COVID-19 yang semakin mengganas, jadi apa salahnya jika saya memanfaatkan tempoh ini untuk memberikan fokus kepada soal cahaya mata,” kata Abil.

Sebelum ini, Abil meluahkan rasa sedih apabila keguguran buat kali kedua selepas mengalami pendarahan sekitar Oktober tahun lalu.

Menerusi perkongsian Instastory milik Abil, 36, dia tidak dapat menahan sebak memikirkan suaminya yang sememangnya berharap untuk mendapat cahaya mata.

Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015 dan aktres itu mempunyai seorang cahaya mata bernama Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun menerusi perkahwinan pertama.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *