#WAAW: Nabil Ahmad risau akan dosa lampau

 #WAAW: Nabil Ahmad risau akan dosa lampau

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad, 38, berkongsi melalui setiap hari dengan penuh kegusaran seandainya menutup mata sebelum amalan dan ibadahnya belum mencukupi.

Nabil menjelaskan, timbul rasa risau dengan dosa-dosa lampau yang dilakukan dahulu. Oleh itu, dia memohon doa semua pihak supaya dia sentiasa istiqamah dengan penghijrahan.

“Satu pagi saya terjaga secara tiba-tiba dan timbul rasa gusar yang mana agama dan iman yang ada dalam diri ini belum mencukupi. Itu yang membangkitkan rasa untuk saya menyertai tabligh.

“Sukar untuk saya ungkapkan perasaan ketika ini kerana buat pertama kalinya ramadan kali ini memberi seribu erti buat saya. Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata sebaliknya rasa itu datang secara sendiri.

“Seperti makan durian Musang King, itulah kelainan apabila makan durian jenis lain. Hidayah itu milik Allah, apabila Dia ingin menjentik atau menggerakkan hati, bila-bila masa saja,” kata Nabil.

 

Nabil ditemui pada majlis pelancaran kempen Ramadan Raya Jakel 2021 yang berlangsung di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Nabil turut berkongsi betapa bersalah dirinya selama ini mempunyai persepsi sinis mengenai aktiviti tabligh. Malah, dia yakin masih ramai beranggapan sedemikian dan mahu membetulkan persepsi sebegitu.

Menurut Nabil dia tidak dapat menutup mulut orang daripada berkata-kata namun meminta semua pihak mendoakan dia sentiasa istiqamah dengan penghijrahan tersebut.

“Saya hanya minta (netizen) terus doakan saya istiqamah sebab agama ini tidak bermusim. Malah, saya minta Allah beri saya kekuatan untuk buat dakwah kecil di kalangan rakan-rakan selebriti.

“Untuk bulan puasa, saya fokus mengaji, baca Al-Quran dan hadiri majlis-majlis agama serta meraikan anak-anak yatim sepanjang bulan ini,” kata Nabil.

Sementara itu berkongsikan tentang aktiviti Ramadannya pada kali ini, bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata dia memperlahankan kerjaya seni bagi memberikan fokus dalam beribadah sepanjang bulan mulia ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64  −    =  61