Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
#WAAW: Muat naik gambar seorang, netizen cari kelibat Engku Emran?

Oleh Farhana Ab Rahman
PETALING JAYA : Baru mendirikan rumah tangga pada 19 Mac lalu, warganet mendambakan gambar keluarga kakak kepada selebriti Neelofa iaitu Noor Nabila dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Memuat naik gambar beserta entri memohon kemaafan sempena perayaan Aidilfitri beberapa hari lalu di akaun Instagram miliknya, netizen mempersoalkan ke mana perginya suami Nabila.
Jika dilihat di ruangan komen, rata-rata pengikut meminta Nabila yang juga usahawan itu untuk berkongsi gambar raya sedondon bersama Engku Emran.

“Mana foto dengan suami, nak tengok sedondon.
“Mana gambar dengan keluarga ni?” antara komen yang ditinggalkan oleh warganet.
“Mana gambar laki (suami) baru?”
Selain itu, pemilik nama Noor Nabila Mohd Noor turut berkongsi gambar anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad di posting yang berbeza.

Terdahulu, Nabila dan Engku Emran sah menjadi pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 19 Mac lalu.