• Sunday, 20 June 2021, 11:32 am

#WAAW: Mozylir enggan henti jualan barangan Search?

 #WAAW: Mozylir enggan henti jualan barangan Search?

PETALING JAYA : Pengurus Syarikat Home Of Champions (HOC), Mozylir Mokhtaruddin berkata, pihaknya enggan menghentikan jualan pakaian dan aksesori jenama Search melalui platform media sosial seperti FaceBook, Instagram (IG) dan laman web www.fenomenasearch.com

Tambah Mozylir, Amy, Nasir Daud dan waris Allahyarham Yazit Ahmad tidak berhak membuat tuntutan ke atas penggunaan jenama kumpulan itu berikutan nama Search tidak berdaftar di bawah tanda dagang atau ‘trademark’.

“Sebelum mengeluarkan produk dan aksesori menggunakan jenama Search, HOC mendapatkan mendapatkan persetujuan dan kebenaran daripada Nasir, Noordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid).

“Semua dokumen berkaitan sudah ditandatangani Din yang bersetuju untuk pengeluaran produk, reka bentuk, kuantiti dan agihan bayaran royalti kepada setiap individu yang berkaitan dengan Search.

“Semua dokumen berkaitan diserahkan kepada peguam untuk proses dokumentasi sebelum ini. Jadi dakwaan HOC tidak mendapat kebenaran Search terutama Amy dan Nasir adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar dari Tetuan Sharif Ridzuan & Co yang mewakili HOC mendakwa, Malah, Syed Azimal Amir mendakwa, Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman tidak berhak membuat tuntutan berikutan sudah meninggalkan kumpulan itu secara rasmi, Mac tahun lalu.

“Kalau kita lihat dari sudut perundangan, individu yang sudah keluar dari apa-apa persatuan atau kumpulan, secara rasmi tidak lagi terbabit dengan pertubuhan itu.

“Secara dasar boleh dikatakan, apabila dia (Amy) membuat keputusan untuk keluar dari Search, maka dia tidak perlu lagi membabitkan diri dengan kegiatan kumpulan berkenaan pada masa akan datang.

“Jadi, tiada gunanya dia (Amy) membuat pengumuman mengenai pengundurannya,” kata Azimal.

Ditanya apakah HOC sudah menerima surat tuntutan daripada Amy dan Nasir, Mozylir berkata, surat berkenaan diterima, Selasa lalu.

Namun, dakwa Mozylir, dia tidak dapat memenuhi permintaan Amy dan Nasir yang mahu penjualan barangan dan aksesori dihentikan kerana sudah mengeluarkan modal yang besar termasuk mengupah pekerja.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *