#WAAW: Miss Mexico dinobat Miss Universe 2020

 #WAAW: Miss Mexico dinobat Miss Universe 2020

Miss Mexico, Andrea Meza dinobat sebagai Miss Universe 2020

Ratu cantik dari negara Mexico, Andrea Meza dinobatkan sebagai Miss Universe 2020 sebentar tadi.

Andrea berjaya menumpaskan 73 peserta dari pelbagai negara lain dalam acara yang berlangsung di Seminole Hard Rock Hotel & Casino Hollywood, Florida, Amerika Syarikat.

Andrea, 27, seorang jurutera bunyi berjaya menumpaskan Miss Brazil Julia Gama yang muncul sebagai ‘runner up’ pertama manakala Miss Peru, Janick Maceta yang meraih ‘runner up’ kedua.

Kredit foto Instagram Andrea Meza

Miss Universe 2019, Zozibini Tunzi diberi penghormatan untuk menyematkan mahkota Miss Universe 2020 kepada Andrea Meza.

Selain menyandang gelaran sebagai Miss Universe 2020 dan Miss Mexico, Andrea Meza juga menjadi Tourism Brand untuk Chihuahua.

Andrea Meza menamatkan pendidikan di bidang kejuruteraan perisian dan selain sebagai aktif sebagai aktivis, Miss Universe 2020 ini juga memiliki bakat sebagai jurusolek dan model.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

53  +    =  60