• Sunday, 20 June 2021, 3:09 pm

#WAAW: Mira Filzah pakai sarung lengan mudah vaksin

 #WAAW: Mira Filzah pakai sarung lengan mudah vaksin

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Mira Filzah antara selebriti yang selesai menjalankan tanggungjawab menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 pada Sabtu lalu.

Berkongsi pengalaman peribadi ketika janji temu mendapatkan vaksin, Mira berkata
proses pemberian vaksin berjalan dengan pantas tanpa memakan masa yang lama.

“Alhamdulillah, Sabtu lalu saya selesai ambil dos pertama vaksin AstraZeneca. Saya baru saja membuat perkongsian pada hari ini kerana baru pulih daripada demam.

“Proses keseluruhan sangat efisien, saya tiba dalam jam 11.35 pagi, habis dekat jam 1 petang. Namun tak terasa lama sebab kita sentiasa bergerak dari satu kaunter ke kaunter lain,” kongsi Mira dalam satu paparan di Instagram.

Mira berkongsi pengalaman menjalani proses vaksinasi di media sosial.

Menerusi perkongsian video terbabit, Mira memaparkan proses yang dilalui sehingga selesai mendapat suntikan vaksin.

Selain berkongsi kesedaran dan kepentingan mengambil suntikan vaksin, Mira turut menyelitkan tips buat kaum wanita untuk memudahkan proses vaksinasi.

“Pada hari vaksin itu, saya memakai baju yang mempunyai lengan yang besar bagi memudahkan saya untuk singsing lengan.

“Selain itu, saya pakai juga sarung lengan supaya bahagian nak disuntik saja yang terdedah dan lengan tak terdedah,” tulisnya.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *