• Sunday, 20 June 2021, 9:43 am

#WAAW: Mental Hafreez Adam koyak?

 #WAAW: Mental Hafreez Adam koyak?

PETALING JAYA : Aktor Hafreez Adam menjelaskan tidak sukar untuk membezakan diri sendiri dengan wataknya sebagai Raif menerusi drama Derita Untuk Bahagia kerana kedua-duanya nyata terlalu berbeza.

Hafreez yang pernah membuat pengakuan berdepan fenomena ‘mental koyak’ ketika berdepan pandemik menjelaskan, watak Raif banyak mencabarnya kerana bermain dengan pelbagai emosi dalam tempoh sekelip mata.

“Berkisar mengenai kisah cinta tiga segi, Raif banyak mencabar saya dari segi emosi kerana setiap perasaan dan rasa berubah dengan begitu cepat. Saya meletakkan seratus peratus jiwa bagi mendalami watak Raif.

“Mujur kru produksi dan pengarah banyak membantu, jadi kami menjadi rapat dan memudahkan kerja. Pernah satu babak itu, saya sedang menitiskan airmata tetapi gelak apabila kamera tidak ‘rolling’.

“Bagi saya, tidak sukar untuk membezakan realiti dan watak Raif kerana sangat berbeza. Jadi tidak timbul istilah saya terbawa-bawa emosi dan sebagainya. Saya bertukar menjadi watak berkenaan hanya dihadapan kamera saja,” ujar Hafreez.

Drama terbaharu gandingan Hafreez dan Azar, drama  berjudul Derita Untuk Bahagia sudah mula ditayangkan di Astro Prima pada pukul 6 petang.

Malah, drama tersebut turut membariskan Amar Baharin, Jasmin Hamid, Zarina Zainuddin, Rashdan Baba, Dian P. Ramlee, Hilal Azman dan ramai lagi.

Mengulas mengenai perkongsian di Instagram baru-baru ini, Hafreez menjelaskan enggan bersikap mementingkan diri hingga menyusahkan orang lain, dia sanggup melepaskan projek supertele yang disifatkan sangat menarik.

Hafreez berkata, dia terpaksa melepaskan tawaran membintangi supertele Seratus The Movie kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.

“Keluarga disyaki positif selepas menjalani ujian calitan dan masih menantikan keputusan ketika tawaran diterima. Bagaimanapun, seorang kakitangan klinik memaklumkan saya boleh keluar bekerja kerana belum dijangkiti.

“Namun, saya tetap ambil keputusan menarik diri demi tidak membahayakan orang lain dan menyusahkan syarikat produksi. Memang ralat, bukan sahaja rezeki depan mata melayang, malah terlepas peluang sebuah projek menarik.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *