Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
#WAAW Matilah kau tujuh keturunan s*al! – Zalif Sidek

Pelakon, Zalif Sidek
PETALING JAYA : Kegiatan penipuan dalam talian dilihat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan beberapa orang selebriti telahpun menjadi mangsa kegiatan ini.
Selepas pelakon senior Mubarak Majid kini giliran pelakon Zalif Sidek pula nyaris menjadi mangsa sindiket yang menggunakan modus operandi yang sama dengan menyamar dan meminta duit dari kenalan mereka.
“Matilah kau tujuh keturunan s**al, jangan menyusahkan orang lain boleh tak?,” marah Zalif Sidek apabila mendapati ada individu gunakan nama dan gambarnya untuk menipu.
Sindiket penipuan ini dipercayai menyasarkan golongan selebriti kerana golongan ini mempunyai ramai pengikut serta kenalan jadi lebih mudah untuk mereka mengaut keuntungan.
Menurut Zalif, ini bukan pertama kali dia menjadi mangsa tetapi dia bernasib baik kerana menyedarinya lebih awal dan sempat membuat tindakan pantas sebelum ada pihak yang menjadi mangsa sindiket ini.


Meskipun tiada sebarang kerugian yang dialami namun Zalif tetap mengambil pendekatan untuk berjaga-jaga bagi memastikan tiada sebarang yang tidak diingini berlaku kepada kenalannya melalui media sosial terbabit.
“Setiap hari saya dapat mesej daripada scammer ni, saya tak tahu macam mana boleh ada number saya, bila saya selidik rupa-rupanya mereka ini ada maklumat kita dalam sistem data mereka,” ujar pelakon ini.

Zalif Sidek atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek berharap agar pihak yang berwajib dapat membendung kegiatan scammer ini dan meminta kepada semua supaya lebih berhati-hati.
“Selidik terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan,” katanya.