• Thursday, 17 June 2021, 1:20 pm

#WAAW: Masih relevankah Aiman Tino?

 #WAAW: Masih relevankah Aiman Tino?

PETALING JAYA : Pandemik bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang melanda negara bukan saja memberikan impak kepada orang biasa saja, malah turut memberi tamparan hebat buat industri seni negara.

Turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan, penyanyi Aiman Tino menjelaskan perlu mengatur strategi bagi memastikan dirinya kekal relevan.

“Saya pasti semua pasti terasa impak apabila PKP dilancarkan. Apatah lagi, kini tiada lagi persembahan pentas dan sebagainya. Cuma sebagai artis, kita tidak boleh duduk diam saja.

“Kita perlu memikirkan strategi untuk memastikan kerjaya terus bertahan. Media sosial dan platform digital ketika ini memainkan peranan penting,” katanya yang merancang melancarkan single dan video klip single terbaharu secara serentak.

Penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu berhasrat mahu mengadakan persembahan secara virtual bagi mengeratkan hubungan dengan peminat.

“Kita perlu memikirkan strategi lain untuk menghiburkan peminat dan memastikan survival dalam industri seni. Biarpun peminat nampak kehadiran saya dalam bidang lakonan, namun, minat saya kepada dunia nyanyian tidak pernah pudar.

“Namun, berikutan tidak banyak aktiviti boleh dilakukan dalam bidang muzik, apabila mendapat peluang berlakon, saya tidak boleh melepaskannya.

“Saya bersyukur ada produser yang memanggil saya berlakon. Saya anggap tawaran itu sebagai bonus,” katanya.

Tambah Aiman, selepas drama Kampung Kolestrol, dia sepatutnya memulakan penggambaran sebuah drama lain, namun, tertangguh akibat PKP.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *