#WAAW: Marsha pertaruh Cinta

 #WAAW: Marsha pertaruh Cinta

PETALING JAYA : Penyanyi kelahiran Sabah, Marsha Milan Londoh menguji kebolehan vokal menerusi karya ciptaan rakan seperjuangannya yang juga pasangan suami isteri iaitu Akim dan Stacy.

Lebih mengujakan, pertaruhan terbaru Marsha yang berjudul Cinta dijadikan runut bunyi bagi drama Masih Ada Rindu yang bersiaran di slot Akasia terbitan Nuansa Film Productions.

Gambar kredit @myeppo.official

“Semestinya kepercayaan yang diberikan oleh Stacy dan Akim adalah satu penghormatan buat saya. Susunan muzik dan lirik sangat segar dari aspek susunan.

“Apatah lagi, lagu Cinta turut menjadi salah satu lagu tema bagi drama Masih Ada Rindu yang mewarnai slot Akasia.

“Pastinya drama ini dapat membuatkan lagu Cinta menjadi siulan ramai, sekali gus memberi impak kepada penonton untuk lebih menghayati drama Masih Ada Cinta melalui melodi dan lirik. Insya-Allah.” kata Marsha. 

Lagu ini dijangka menjadi hit dengan penangan drama Masih Ada Rindu di TV3, apatah lagi dengan sokongan daripada pengikut Instagram Marsha yang mencapai lebih 900,000 pengikut.

Begitu juga dengan Akim dan Stacy yang masing-masing mempunyai 1.6 juta dan juga dua juta pengikut.

Anda boleh dengarkan lagu Cinta menerusi laman Youtube 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *