• Sunday, 20 June 2021, 10:54 am

#WAAW: Margasatwa cuba nasib di arus perdana

 #WAAW: Margasatwa cuba nasib di arus perdana

Kumpulan indie Margasatwa

PETALING JAYA, 19 Mei — Kumpulan muzik ‘underground’ Margasatwa kini tampil ke arus perdana dengan menampilkan sisi lain mereka dalam lagu terbaru Yang Asli di bawah naungan antara syarikat rakaman indie tertua di Malaysia iaitu Luncai Emas yang sinonim melahirkan kumpulan dan artis individu yang unik dan tersendiri seperti M.Nasir, Kopratasa, Spider dan ramai lagi.

Margasatwa sering mencorakkan muzik nusantara ini disebut sebagai kumpulan yang mengimbangi permintaan pasaran dan kesenian mereka berkreatif. Menurut Syahir

“Kami hanya memainkan semua jenis muzik yang kami cinta dengan cara tersendiri. Tidak ada sebarang kumpulan pendengar yang kami sisihkan, baik arus perdana atau indie. Muzik Margasatwa untuk semua rakyat Malaysia.”

Setelah menjuarai Levi’s Music Project pada Disember 2020, Margasatwa telah mendapat geran RM20,000 untuk penggambaran video muzik untuk lagu baru mereka, Yang Asli.

Lagu Yang Asli membawa mesej yang cukup mudah difahami untuk segenap masyarakat iaitu “Mencintai diri sendiri terlebih dahulu, tanpa mempedulikan kata-kata orang lain.” Setiap orang mempunyai keunikan dan kecantikan yang tersendiri. Kita tidak harus menilai diri berdasarkan pendapat orang semata-mata.

Margasatwa mengajak para pendengar untuk percaya dan yakin dengan keunikan diri sendiri, menjadikan diri lebih fokus dan bahagia dalam hidup sementelah mengejar impian masing-masing yang ternyata unik.

“Anda terlalu berharga, kerana sudah pasti anda adalah satu-satunya anda dimuka bumi ini,” kata Kimal.

Muzik video Yang Asli ini menceritakan tentang betapa skeptikal dan tipikal sesetengah orang dalam menilai seseorang hanya berdasarkan rupa. Namun individu tersebut kemudian bangkit dan membuktikan kebolehan dan keyakinan diri sebagai simbolik dari petikan lirik

“Kecantikan tidak boleh diraih, kecantikan hanya dipelihara.” Selain dari penceritaan itu, Margasatwa turut mengetengahkan nilai fesyen yang unik.

Salah satunya adalah material songket yang ditempah khas pada jaket Levi’s Fadhil (pemain gitar utama) dan pengayaan ala-ala 70an atau 80an sebagai identiti pada muzik video kali ini.

Hasil arahan daripada Adriana Tunku yang turut mengarah muzik video pelbagai artis tanah air termasuklah Dato’ Siti Nurhaliza, juga juara AJL 35 – Gila nyayian Kaka Azraf, Noki dan Loka B.

Muzik video lagu dengan judul Yang Asli bakal dikeluarkan di Youtube secara perdana pada 20 Mei 2021, jam 3 petang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *