• Friday, 18 June 2021, 2:13 am

#WAAW: Makan pun bersuap, Naim Daniel sedih raya tanpa ibu

 #WAAW: Makan pun bersuap, Naim Daniel sedih raya tanpa ibu

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Penyanyi, Naim Daniel berkongsi pengalaman buat pertama kalinya beraya bersendirian pada tahun ini kerana tinggal berjauhan dengan keluarganya.

Kredit foto Instagram Naim Daniel

Akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19, Naim mengubati perasaan sedih menerusi ‘video call’ bersama keluarganya.

“Tahun ini merupakan kali pertama saya raya seorang diri… terasa sedih jugalah tapi lepas juga rindu dapat buat panggilan video di pagi raya.

“Apatah lagi, saya rapat dengan ibu. Kadang kala makan pun bersuap, inikan pula beraya seorang diri. Mujurlah sedikit sebanyak saya tahu memasak juadah yang mudah-mudah.

“Saya pun masak simple sahaja pagi raya hari itu… masak nasi lemak sotong. Nasib baik saya ni jenis tak cerewet makan, tak dapat jamah juadah yang sinonim dengan raya pun tak mengapa,” kata Naim.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Naim bakal tampil dengan lagu baharu kolaborasi bersama rapper Joe Flizzow serta akan bekerjasama dengan penerbit antarabangsa Alan Walker untuk album terbaharunya nanti.

“Saya baharu sahaja rakam lagu baharu bersama Joe Flizzow minggu lalu dan kini dalam perbincangan untuk konsep muzik video pula.

“Selain itu, saya juga teruja untuk bekerjasama dengan Alan Walker untuk album terbaharu saya yang akan dikeluarkan kemungkinan besar pada tahun ini juga,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *