Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
#WAAW Majlis bertunang secara maya di kampus, undang perhatian

PETALING JAYA: Setiap pasangan yang bercinta, pasti impikan pengakhiran dengan perkahwinan bukan?, ditambah pula diraikan dengan majlis meriah yang dihadiri oleh kenalan rapat serta ahli keluarga.
Tambah pula, sebelum selamat diijab kabulkan, pastinya akan melalui pelbagai proses dan majlis kecil, antaranya majlis pertunangan yang dibuat oleh pihak lelaki untuk mengikat dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan pihak perempuan.

Kenangan itu, pastinya meninggalkan kesan abadi buat setiap pasangan yang sudah pun berkahwin. Tapi ini lain pula yang terjadi, apabila gadis ini terpaksa mengikat tali pertunangan secara maya.
Malah apa yang menarik perhatian, majlis tersebut dilakukan secara βsimpleβ kerana berada di pusat pengajian di Universiti Malaysia Kelantan dan hanya ditemani oleh beberapa rakannya sahaja.

Sempoi tak majlis kami, nasib masih belajar
Tunang dekat rumah tidak, tapi tunang dekat kampus,β perkongsian Nurin.
Menerusi perkongsian seorang gadis bernama Nurin di aplikasi Tik Tok nya, majlis tersebut telah berlangsung didalam biliknya dan turut kelihatan pihak lelaki telah menyerahkan kotak cincin pertunangan kepada keluarga belah perempuan.
@tynaaazxmri Sempoi tak majlis kami ππ nasiblah masih belajar π©
β¬ Naif Karena Kamu Cuma Satu – AJR
Apa yang menariknya lagi apabila rakannya yang menyarungkan cincin kepada gadis berkenaan sebagai tanda wakil daripada belah pihak lelaki.
Terima kasih kerana memeriahkan majlis,β luahnya.
Meskipun majlis pertunangan tersebut berlangsung secara bersederhana namun Nurin meluahkan rasa bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan kini telah sah bergelar tunangan orang.