#WAAW: Maafkan saya – Nora Danish positif COVID-19, keluarga negatif

 #WAAW: Maafkan saya – Nora Danish positif COVID-19, keluarga negatif

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : “Bagi sesiapa yang ada jumpa Nora antara 4 hingga 8 Mei, tolong buat swab test ya. Jaga diri dan jaga SOP. Maafkan saya!” kata pelakon Nora Danish yang disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) semalam

Namun Nora sempat meluahkan rasa bersyukur kerana Allah SWT melindungi keluarganya yang negatif wabak itu.

Nora, 39, yang kini mengambil langkah untuk kuarantin diri di dalam bilik turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan suami dan anak-anaknya.

Perkongsian Nora Danish di lama Instagram miliknya

“Nora buat ujian sebab kontak rapat kategori C. Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tak ada sebarang simptom.

“Sekarang Nora kuarantin di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah kerana melindungi anak-anak dan suamiku. Terima kasih di atas doa semua!

Terdahulu, Nora yang dijadualkan mengambil dos pertama suntikan vaksin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, menangguhkan hasrat apabila disahkan positif COVID-19.

Nora dinasihatkan untuk kuarantin di rumah buat sementara waktu. Memandang sudut positif, Nora pasti ada hikmah disebalik dugaan yang menimpa pada bulan mulia ini.

“Saya berharap akan terus sihat walafiat seperti sekarang sehingga bebas daripada virus ini. Saya juga akan berkongsi perkembangan diri menerusi medium media sosial kepada anda semua.

“Terima kasih kepada rakan-rakan, peminat, keluarga yang memberikan pelbagai ubat dan berkongsi petua. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh-Nya,” kongsi Nora.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  4  =