• Friday, 18 June 2021, 12:55 am

#WAAW: Maaf saya kurang sensitif – Iman Troye

 #WAAW: Maaf saya kurang sensitif – Iman Troye

PETALING JAYA : Dilabel kurang sensitif apabila memuat naik ciapan sindiran mengenai angka kes positif di Twitter miliknya Ahad lalu, penyanyi Iman Troye akhirnya memohon maaf secara terbuka.

Dikecam teruk gara-gara gurauannya itu, dia menyedari kesilapan itu sebaik memuat naiknya di Twitter dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.

“Saya ingin mohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan. Saya mula sedar kesilapan ini selepas memuat naiknya. Ciapan itu sangat mengelirukan dan saya mengakui perkara itu.

“Apa yang saya lakukan tidak sensitif. Saya sepatutnya lebih peka berkaitan hal ini. Saya tiada niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Iman menambah, dia mengambil ikhtibar daripada apa yang berlaku dan berterima kasih kepada semua pihak yang menegurnya.

Kelmarin, Iman dikecam netizen kerana menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan ‘happy’ (gembira) yang disifatkan netizen dia berbangga dengan angka jangkitan itu.

Ramai menyifatkan tindakan Iman itu kurang matang kerana menjadikan ia bahan gurauan selain dan tidak sensitif dengan isu semasa.

“Saya tidak terdetik untuk melukakan sesiapa terutama kepada petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan kerana Covid-19.

“Saya ingin mohon maaf. Insya-Allah saya akan belajar daripada kesilapan ini. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

“Terima kasih kepada semua yang menegur. Saya akan cuba jadi lebih baik, Insha-Allah,” katanya.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *