#WAAW: Lelaki didakwa hina nama Allah mental, pernah hubungi Janna Nick?

 #WAAW: Lelaki didakwa hina nama Allah mental, pernah hubungi Janna Nick?

PETALING JAYA :Tular kelmarin mengenai isu kontroversi melibatkan seorang lelaki yang didakwa mempermainkan isu nama dan kalimah Allah yang turut melibatkan beberapa orang penghantar makanan. Perkara ini mendapat perhatian Janna Nick.

Janna Nick mendakwa lelaki berkenaan pernah direct message (DM) di Instagram dan bercakap sesuatu yang pelik dan menghairankan dirinya.

“Selepas saya tengok nama lelaki tu, saya baharu perasan dia ini yang selalu DM saya perkara-perkara yang pelik… dia selalu cakap fasal Tuhan.


Janna turut berkongsi tangkap layar (screenshot) DM daripada lelaki dikenali sebagai Ardilas.

“Saya senang nak ingat nama dia sebab saya rasa apa yang dia tulis itu di luar normalisasi manusia… saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki tersebut,” ujar Janna.

Janna juga mengesyaki individu berkenaan mungkin mengalami masalah mental sehingga bertindak di luar fikiran manusia normal.

Nama individu berkenaan dipercayai sama dengan individu yang menjadi tular berhubung kes berkenaan pada Jumaat.

Namun begitu, Janna Nick berpendapat bahawa keganasan bukanlah penyelesaian untuk menyelesaikan sesuatu masalah membabitkan golongan yang mempunyai masalah mental.

Menurut Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, menegaskan masyarakat Malaysia perlu lebih didedahkan dengan kepentingan kesihatan mental.


Sumber gambar Instagram Janna Nick.

“Setiap masalah tidak boleh diselesaikan dengan keganasan dan kekerasan…Sekiranya tidak puas hati atau apa, perkara itu lebih baik diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Sejujurnya saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi, cuma saya berpendapat bukan semua masalah perlu diselesaikan dengan cara sebegitu,” luah Janna di Instagram. 

Pengacara Melodi itu membuat luahan berhubung sebuah video yang tersebar di media sosial dipercayai tercetus selepas pelanggan tersebut dipercayai mempermainkan nama dan kalimah Allah sehingga menimbulkan kemarahan.



Lelaki tersebut menggunakan nama akaun di aplikasi pesanan makanan yang menyentuh sensitiviti agama.

Menerusi video itu, beberapa rider didakwa menarik dan memaksa lelaki tersebut di sekitar kawasan kejiranannya.

 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  3  =