#WAAW: Lapan artis meriahkan Kecoh Raya

 #WAAW: Lapan artis meriahkan Kecoh Raya

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA — TikTok, destinasi utama untuk video mudah alih bentuk pendek, hari ini mengumumkan pelancaran lagu Raya yang menarik dengan kerjasama Universal Music Malaysia dan Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd.

Dikenali sebagai Kecoh Raya, lagu penuh semangat itu disertai dengan cabaran hashtag baru (#KecohRayaTikTok) menampilkan Alvin Chong, Diana Danielle, Kowachee, USOP, Ara Johari, Daniel, Zahier dari ERA dan Izzryn dari TikTok.

Pengurus Pemasaran Kanan Wilayah SEA, TikTok, Loh Ki Zhi, berkata TikTok Kecoh Raya adalah usaha jenama untuk membawakan kembali kenangan manis dengan semangat Raya yang penuh keriuhan menerusi platform digital itu di semua peranti penstriminan digital pada 7 Mei.

“Pengalaman Hari Raya, bersama dengan musim perayaan utama lain di negara ini telah berkembang secara digital sepanjang tahun lalu dan media sosial telah membantu memastikan rakan dan keluarga tetap terhubung untuk perayaan digital.

“Selain menghubungkan orang untuk pengalaman interaktif, TikTok telah memainkan peranan penting dalam memastikan ramai tetap terhibur dan terdidik.

Untuk terus memanfaatkan potensi dan kekuatan platform TikTok, kami dengan senang hati bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dan RocketFuel Entertainment Sdn Bhd sempena Raya 2021 untuk #KecohRayaTikTok,” katanya.

Kesemua artis dapat dilihat memberikan sepenuh jiwa raga dalam video muzik yang kini boleh didapati di laman YouTube TikTok dan Universal Music Malaysia. Lagu ini juga akan dimainkan di stesen radio ERA, jadi ada peluang untuk anda dapat mendengar lagu ceria ini sewaktu dalam perjalanan anda untuk bekerja!

Tidak dapat dinafikan, perayaan diraikan dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan biarpun ini adalah kali kedua disambut dalam keadaan norma baharu.

Untuk menambahkan keseronokan, cabaran #KecohRayaTikTok, anjuran bersama Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia, mendorong semua orang untuk bersama-sama menyanyikan lagu ini di mana video Raya yang dihasilkan paling kreatif dan kecoh berpeluang memenangi iPhone 12 256GB dan baucer Raya bernilai RM500.

Banyak lagi hadiah boleh diraih termasuklah Apple Watch, Apple Airpods dan baucar Raya eksklusif. Kempen yang bertujuan menyatukan semua orang sekalipun berjauhan ini berlangsung dari 7 hingga 23 Mei 2021.

Selain itu, TikTok turut memperkenalkan kempen rujukan dalam aplikasi yang digelar TikTok TREATS untuk memberi penghargaan kepada komuniti TikTok atas penyertaan dan kreativiti mereka sambil berfungsi sebagai platform untuk mempamerkan jenama rakan kongsi.

Dengan TikTok TREATS, jenama dapat meningkatkan keterlihatan mereka dengan memaparkan produk mereka dan pengguna dapat mengumpulkan mata dengan terlibat dengan jenama dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kempen yang diadakan di TikTok.

Mata yang terkumpul dapat ditebus sebagai e-baucar bernilai sehingga RM300 setiap hari dari jenama yang mengambil bahagian, menjadikan kempen ini sebagai hadiah untuk pengguna dan rakan kongsi.

Muat turun atau buka aplikasi TikTok sekarang untuk mendengar #KecohRaya atau dapatkan maklumat lanjut mengenai TikTok TREATS.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  2