• Friday, 18 June 2021, 1:15 am

#WAAW: Langgar SOP: Awie beri kerjasama bantu siasatan polis

 #WAAW: Langgar SOP: Awie beri kerjasama bantu siasatan polis

PETALING JAYA : “Saya sudah memberikan kerjasama bagi membantu siasatan namun masih lagi menunggu keputusan pihak polis dan mahkamah. Insya-Allah…semuanya akan baik-baik saja.

“Kalau saya nak komen bagi mempertahankan diri saya pun tak guna juga tapi tak mengapa sebab saya tahu pihak polis tahu apa yang saya buat. Cuma selepas ini saya akui saya akan lebih berhati-hati”.

Demikian kenyataan pelakon dan penerbit, Datuk Awie berkongsi sudah memberikan kenyataan ke Ibu Pejabat Polis. kontinjen (IPK) Melaka pada 9 Mei lalu bagi membantu siasatan dakwaan dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini.

Datuk Awie berkongsi sudah memberikan kenyataan ke Ibu Pejabat Polis. kontinjen (IPK) Melaka pada 9 Mei lalu

Awie atau pemilik nama penuh, Datuk Ahmad Azhar Othman menjelaskan, masih lagi menunggu keputusan pihak polis dan mahkamah ekoran dakwaan dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) baru-baru ini.

Terdahulu, satu video klip berdurasi 42 saat di media sosial memaparkan Awie bersama beberapa individu sedang menyanyi di majlis berbuka puasa sempena acara Misi Kemanusiaan Datuk Awie Bersama Sayap-Sayap Wings.

Kejadian yang berlaku di sebuah hotel di Melaka tular itu di media sosial dan Awie dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Beralih kepada perkembangan terkininya, dalam pada menyiapkan album terbaharu Wings, Awie juga sempat menyiapkan sebuah single buat Palestin.

“Lagu berjudul My Palestina itu baharu saja siap semalam dan InshaAllah ia akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Saya berharap lagu ini turut akan dimainkan di radio supaya kita beramai-ramai boleh membantu untuk menyelesaikan permasalahan di sana,” katanya.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *