#WAAW: Lan Typewriter pilu ayah dijangkiti COVID-19, kini keadaan kritikal

 #WAAW: Lan Typewriter pilu ayah dijangkiti COVID-19, kini keadaan kritikal

Azlan Typewriter

PETALING JAYA : Penyanyi Azlan Typewriter berkongsi rasa pilu dengan keadaan bapanya yang berada dalam keadaan kritikal selepas dijangkiti Covid-19.

Azlan berkata, kesihatan bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang dan diabetes bertambah merosot apabila dijangkiti Covid-19.

“Ramai ahli keluarga saya sudah dimaklumkan tentang keadaan ayah yang hanya bergantung dengan alat pernafasan ketika ini. Kami bersedia dengan apa juga kemungkinan kerana doktor juga sudah memaklumkan kepada kami mengenai perkara itu.

“Kali terakhir saya berjumpa ayah beberapa minggu lalu sebelum dia disahkan positif Covid-19. Keadaan ini sukar dijangka kerana sesiapa saja mungkin dijangkiti. Apabila tiba masanya, jaga bagaimana pun, kita tetap kena juga.

“Ayah dimasukkan ke hospital beberapa minggu lalu dan sudah bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana keadaan kesihatannya yang kurang baik,” kata Azlan.

Azlan berkongsi kesedihan itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran label Indigital Music Sdn Bhd yang berlangsung di restoran 10 Gram, Puchong, Selangor pada Selasa.

Pelatun lagu Kelabu itu menjelaskan, bapanya kini berada di Hospital Serdang namun tidak dibenarkan untuk menerima pelawat bagi membendung virus Covid-19.

“Saya redha dengan ketentuanNya kerana siapa kita untuk menolak kuasa Allah SWT. Apatah lagi saya juga baru saja menyambut ulang tahun kelahiran, tidak sangka ayah pula berada dalam keadaan kritikal.

“Memandangkan doktor juga sudah memaklumkan supaya kami menerima sebarang kemungkinan, jadi saya hanya berdoa semuanya dipermudahkan,” kata Lan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  1