• Monday, 21 June 2021, 3:47 am

#WAAW: Lagi cantik, COVID-19 lepas 8 malam baru muncul, Janna Nick perli siapa?

 #WAAW: Lagi cantik, COVID-19 lepas 8 malam baru muncul, Janna Nick perli siapa?
Oleh Farhana Ab Rahman 
PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Janna Nick, berdoa agar dirinya tidak membawa pulang sebarang virus ketika bekerja sekali gus menjangkiti ahli keluarganya.
Malah, dia turut meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap syarikat produksi yang masih memandang ringan soal keselamatan semua pihak yang terbabit dalam produksi dan meneruskan aktiviti penggambaran.
“Marilah kita bekerja sambil mengambil risiko setiap hari, sambil berdoa agar tak bawa balik virus kepada keluarga. Penggambaran pula tak boleh pakai pelitup mulut.
Lagi cantik! COVID-19 pun lepas 8 malam baru dia muncul.
Luahan Janna di media sosial baru-baru ini.
“Lagi satu, ingat berlakon boleh pakai pelitup mulut ke? Entah lah. Bukan nak merungut. Kita ini risaukan orang lain, keluarga.
Cuma risau kita menjadi punca dengan menjadi ‘silent carrier’. “Dulu, kes tiga angka bolehlah kita ‘yak yak ye’ (bersorak).
Sekarang, dah nak dekat lima angka. Nak keluar pun paranoid. Bermacam macam jenis pembasmi kuman dan segala macam semburan kita bawa.
Tak keluar pergi kerja, nanti kena saman pula sebab langgar kontrak,” luah Janna.
Janna bimbang virus COVID-19 semakin meruncing.

Janna atau pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner menjelaskan, dia terpaksa menulis luahan itu memandangkan kes jangkitan baru COVID-19 semakin hari semakin meningkat dan membimbangkan.

Dalam masa sama, Janna berharap agar penerbit juga turut sama berada di set penggambaran dalam situasi sekarang. “Saya harap, penerbit boleh sama-sama ada di lokasi penggambaran.

Kita ambil risiko sama-sama, okey,” tulisnya. Janna bagaimana pun tidak menamakan sebarang syarikat produksi ataupun judul karya yang dia sedang lakonkan.

Kerajaan juga telah mengumumkan kebanyakkan aktiviti berkaitan boleh dijalankan sehingga jam 8 malam sahaja dan merupakan strategi kedua sekatan tambahan bagi mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengurangkan pergerakan rakyat seterusnya menyekat penularan wabak COVID-19 yang kini berada di tahap yang membimbangkan.

Kerajaan juga menetapkan aktiviti sosial, beriadah dan sukan termasuk majlis-majlis rasmi kerajaan juga tidak dibenarkan.

Finas pula mengumumkan aktiviti rakaman bagi penggambaran filem, drama, dokumentari, animasi, produksi muzik dan seumpamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dibenarkan bagi rakaman dalaman di studio rasmi yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja.

Persoalannya disini, Janna Nick perli siapa ya?

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *