#WAAW: Kopratasa buat kemunculan istimewa sempena Aidilfitri

 #WAAW: Kopratasa buat kemunculan istimewa sempena Aidilfitri

Kumpulan Kopratasa

PETALING JAYA — Kumpulan Kopratasa yang popular pada era 90an kini tampil dengan buah tangan Aidilfitri apabila mereka merakamkan semula lagu Selamat Hari Raya. Lagu Selamat Hari Raya ini adalah lagu hari raya terawal di negara kita berdasarkan sumber yang layak dipercayai. Membaharukan sesebuah lagu lama bukanlah sesuatu yang baru dan ianya juga bukanlah mudah. Kopratasa merasakan lagu lama mempunyai nilai sejarah tersendiri. Sejarah lagu Selamat Hari Raya ini merupakan hasil ciptaan Tengku Ali Basha @ Cik Ara Bangsawan. yang dicipta pada tahun 1936, telah membuka sejarah pada sambutan hari raya pada zamannya. Berdasarkan kepada pepatah ‘ Yang buruk ( lama ) diperbaharui, Yang usang dikajangi’ ,Kopratasa merasakan merakamkan semula lagu tersebut merupakan satu aktiviti melestarikan satu khazanah lama untuk tatapan semula generasi terkini. Kopratasa turut menambah sedikit melodi baru di bahagian korus lagu ini dan menyanyikan dengan cara Kopratasa sendiri dan bukanlah bertujuan merosakkan lagu tersebut , tapi bertujuan memeriahkan lagi melodi tersebut untuk menepati konsep bergembira dihari raya. Melodi asal tetap dijaga dan senikatanya pun tetap dipakai seperti yang asal. Ini menjadikan lagu ini lebih catchy’ . Hasilnya tetap menarik. Kopratasa sangat berharap dengan lagu ini dapat diterima dan memberi sesuatu yang unik sempena sambutan Aidilfitri tahun 2021 ini.
Kumpulan Kopratasa ketika merakam semula lagi Selamat Hari Raya
Setelah lama ketiga-tiga ahli kumpulan ini membawa haluan masing masing, mereka kembali dengan projek istimewa ini dibawah payung Luncai Emas Sdn Bhd untuk peminat yang merindui mereka.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7  +  2  =