#WAAW: Kisah Anis tersangkut kerana PKP

 #WAAW: Kisah Anis tersangkut kerana PKP
This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2021-05-12-at-10.04.06-AM.jpeg
Penerbit Indigital Sdn Bhd,  Nana Mohd Rom

Diinspirasikan daripada pandemik norma baharu bagi membendung penularan wabak Covid-19, tele filem Bebenang PKP Anis memberikan perspektif berbeza kepada sesiapa yang menontonnya.

Terperangkap akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, telefilem ini juga turut memaparkan kesusahan hidup Anis yang terpaksa meneruskan hidup menjaga anak majikan.
 
Tanpa ada pengalaman menjaga kanak-kanak, Anis Kemboja bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kerenah mereka memandangkan tuan rumah ‘tersangkut’ di Indonesia akibat pintu sempadan yang ditutup serta merta ketika itu.
 
Bagi Penerbit Indigital Sdn Bhd, Nana Mohd Rom menganggap jalan kisah yang berlaku kepada Anis Kemboja ini sangat menarik perhatian ditambah dengan apa yang berlaku ketika itu merupakan fenomena asing buat semua.

“Sejak awal lagi kita memang tertarik dengan jalan cerita yang ditulis oleh Dr Ummu Hanie yang diangkat daripada sebuah kisah benar. Bayangkan pada ketika dunia dilanda pandemik Covid-19, keadaan yang berlaku di luar jangkaan.

 “Tidak ada siapa yang pernah mengalami situasi seperti ini. Ada yang tersangkut di serata tempat dan tak kurang juga yang terpisah dengan keluarga dan sebagainya. Jalan cerita begini amat menarik perhatian dan kita visualkan menerusi telefilem ini,” kata Nana lagi.

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2021-05-12-at-10.04.07-AM-1-1024x567.jpeg
Antara babak lakonan Lisdawati dan Syafie Naswip dalam Bebenang PKP Anis.

Ditayangkan di TV Al-Hijrah pada 14 Mei (hari raya pertama) jam 9 malam, Bebenang PKP Anis yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dibintangi oleh Muna Shahirah, Syafie Naswip, Fauzi Nawawi, Lisadawati dan ramai lagi.
 
Penggambaran yang dilakukan di sekitar Kuantan, Pahang ini dilakukan sekitar penghujung tahun lalu berkisahkan tentang Anis (Muna Shahirah) yang terpaksa menjaga dua orang anak Puan Zue kerana pembantu rumah melarikan diri.
 
Wanita tersebut pula terpaksa ke luar negara atas urusan kerja namun disebabkan PKP membuatkan dia terpaksa mengambil alih tugas sebagai ‘ibu bapa’ segera. Konflik bertambah apabila abangnya, Amar (Syafie Naswip) bermasalah dengan ibu bapanya (Fauzi & Lisdawati).
 
Namun takdir PKP yang ketika itu membuatkan hubungan mereka semakin baik  dari sehari ke sehari.

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2021-05-12-at-10.04.07-AM-1024x666.jpeg
Penggambaran Bebenang PKP Anis dilakukan di sekitar Kuantan, Pahang dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkifli.

“Kisah Anis ini sangat menarik untuk dikupas. Dia bukan sahaja terpaksa menjaga anak orang secara tiba-tiba tetapi juga terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga. Dalam masa yang sama Anis juga ada cita-cita untuk menyambung pengajian ke luar negara.
 
“Untuk pengetahuan semua, kisah Anis ini pernah ditulis sebagai sebuah cerpen dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini yang memberikan nilai tambah kepada telefilem ini,” tambah Nana lagi.
 
Berterima kasih kepada stesen TV Al-Hjirah yang tertarik dengan naskah ini. Bebenang PKP Anis ini juga mendapat dana daripada Program OTT/TV (Pelaksana), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  31  =  40