#WAAW: Khatam quran, Indah Ruhaila tidak riak

 #WAAW: Khatam quran, Indah Ruhaila tidak riak

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Kejayaan khatam al-Quran pada 10 malam terakhir Ramadan adalah satu pencapaian luar biasa buat penyanyi, Indah Ruhaila.

Jarang membuat perkongsian mengenai soal ibadat, penyanyi kelahiran Johor itu menjelaskan tidak berniat untuk menunjuk-nujuk kebaikan, sebaliknya berbangga dengan pencapaian peribadinya itu.

“Syukur.. Alhamdulillah misi khatam quran ramadan saya berjaya. Saya sedikit emosi kerana sudah lama tidak khatam quran. Tidak bermaksud riak dan menunjuk, cuma saya sangat terharu.

“Ketika membaca dua surah terakhir, secara tiba-tiba saya menjadi sebak sehingga tidak dapat meneruskan mengaji. Airmata mencurh-curah seperti air hujan pula. Ia membuatkan saya terfikir mengapa perasaan itu sebak pula secara tiba-tiba.

“Saya sendiri jarang memuat naik perkongsian sebegitu, maaf andai kata ada yang kurang selesa dengan perkongsian itu. Alhamdulillah…sudah lama saya menantikan saat ini,” luah Indah.

Di sebalik tangisan kegembiraan, penyanyi yang popular dengan lagu Pudar ini lebih sayu dan sebak.

Selain memohon maaf andai kata perkongsiannya mengundang rasa kurang selesa sesetengah pihak, Indah berterima kasih kepada mereka yang mendoakn kebaikan buat dirinya.

Katanya, dia sentiasa percaya contoh yang baik akan menjadi dakwah dalam diam, selain mampu memberi inspirasi dan galakan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

35  +    =  37