#WAAW: Khai sebak pertama kali beraya tanpa ibu

 #WAAW: Khai sebak pertama kali beraya tanpa ibu

Kredit foto Instagram Khai Bahar

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Penyanyi, Khai Bahar berkongsi perasaan perrtama kali menyambut Aidilfitri tanpa kehadiran ibu di sisi bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membendung penularan COVID-19.

Sukar untuk meluahkan perasaan yang tersirat dengan kata-kata, Khai atau pemilik nama penuh, Muhammad Khairul Baharuddin bersyukur kerana mempunyai abang, kakak ipar dan dua orang anak buahnya yang memeriahkan Aidilfitrinya kali ini.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal raya kerana nanti sedih. Sekarang ini saya tenang saja berbicara, tetapi pagi raya nanti pasti airmata jatuh juga. Sebak kerana tidak dapat pulang beraya di Perlis bersama keluarga.

“Mujur adik-beradik ramai di kampung, jadi mereka dapat menemani ibu bapa di sana. Bagi mengubati kerinduan, kami ‘video call’ sambil berbuka puasa. Tidak dapat bersua muka, kami menggunakan teknologi untuk makan bersama.

“Apatah lagi, waktu berbuka di Perlis sedikit lambat berbanding Kuala Lumpur. Seronok juga kami mengusik mereka dengan makan dulu sebelum keluarga di kampung,” kata Khai.

Berkongsi sambutan pada tahun lalu, Khai dan keluarga tidak menerima tetamu bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

This image has an empty alt attribute; its file name is 4320D722-FA0C-4EBF-82F5-2AFAABAADD80-1024x922.jpeg
Khai bersama ibu dan adik perempuannya. – Sumber Instagram Khai Bahar

Khai yang muncul dengan buah tangan istimewa buat peminat tercinta menerusi album berjudul Zikir Damba oleh syarikat rakaman 17 Eleven Music sempena Ramadan berharap masyarakat turut bekerjasama bagi membendung wabak ini.

“Aidilfitri kali ini tak sama seperti tahun sebelumnya. Dalam keadaan negara yang masih berperang membendung wabak Covid-19, ia menuntut kerjasama semua pihak.

“Aidilfitri tetap diraikan, tapi dalam suasana cukup sederhana. Baju raya pun pakai saja yang sedia ada. Lagipun, masih ada baju raya yang belum dipakai, katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

95  −    =  90