#WAAW: Kerap kena reject, Killa Driz tak dendam?

 #WAAW: Kerap kena reject, Killa Driz tak dendam?

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pendatang baharu, Killa Driz yang memulakan langkah dalam persada seni tempatan seawal usia 15 tahun menjadikan pengalaman lampau sebagai pengajaran buat dirinya.

Anak muda berusia 22 tahun ini pernah ditipu orang terdekat dan tidak menerima bayaran setelah membuat persembahan, mematangkan dirinya untuk terus mengorak langkah dalam industri seni tempatan.

“Saya sendiri membuat lagu Siapa Tahu pada tahun lalu yang berkisar mengenai pengalaman saya sendiri selama ini. Rangkuman pengalaman lalu itu disatukan menjadi sebuah karya.

“Masih hijau dalam bidang seni, saya berharap kehadiran saya ini dapat menyemarakkan lagi persada seni tempatan. Lagu yang ditulis ini lahir daripada hati saya sendiri.

“Sering kali juga saya berdepan dengan situasi yang mana nama saya di ‘reject’ pada saat akhir kerana kurang dikenali dan digantikan dengan nama besar yang hadir. Tidak berdendam, cuma apa yang berlaku menjadikan saya lebih matang,” kata Killa Driz.

Killa Dril adalah artis baru membawakan genre rap & hiphop dibawah naungan syarikat Indigital Music

Menjadikan nama besar seperti Joe Flizzow, Sonaone dan Altimet sebagai idola untuk berkarya, dia juga berharap dapat mengorak langkah lebih jauh sebagai penyanyi.

Single Siapa Tahu mengekalkan sentuhan indie biarpun bersaing di arus perdana secara rasmi pada 19 Mac manakala muzik video boleh ditonton menerusi aplikasi Youtube.

Selain itu, Killa Driz turut merakamkan lagu baharu bersama Ryan Deedat yang berjudul Sidai.

Killa Driz juga bakal tampil dengan lagu berkonsepkan ketuhanan sempena bulan Ramadan tidak lama lagi.Dia juga sedang dalam rangka menyiapkan EP lima lagu bersama Ismail Izani.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

65  −  57  =