• Monday, 21 June 2021, 2:58 am

#WAAW: Kerana Lopa terus peta Malaysia berubah, bang*ng! – netizen

 #WAAW: Kerana Lopa terus peta Malaysia berubah, bang*ng! – netizen

PETALING JAYA — “Portugis punyalah ‘struggle’ nak jajah Melaka dengan kapal perang bagai, Selangor hantar Neelofa saja terus dapat Nilai,” kata seorang netizen.

“Wow sekelip mata sahaja Nilai jadi Selangor eh, minta jasa baik Neelofa pergi Kedah mana tau esok jadi Selangor,” kata seorang lagi netizen.

Inilah antara dakwaan dan komen yang ditulis oleh netizen yang dapat dilihat di laman media sosial seperti Facebook & Instagram berikutan keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tidak mendakwa pasangan selebriti Neelofa & suaminya PU Riz atas kesalahan merentas negeri.

Ada juga netizen yang melukis gambar sempadan Negeri Sembilan & Selangor berubah setelah kehadiran pasangan itu ke Nilai 3. “Kerana lopa terus peta Malaysia berubah on the ‘spot’ bang*ng,” marah seorang netizen mengenai perkara ini.

Antara komen dan luahan rasa netizen yang dapat dilihat di laman media sosial seperti Facebook berkenaan isu ini.
Jawapan & sebab yang diberikan oleh Pejabat Peguam Negara didakwa tidak meyakinkan sehingga menimbulkan dakwaan dan spekulasi mempersoal bagaimana kes melibatkan pasangan tersebut diuruskan dan adakah layanan ‘double standart’ terus diperolehi mereka tatkala kemarahan netizen terhadap perkara ini berada di paras membimbangkan.
SEREMBAN — Usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini. — fotoBERNAMA

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata keputusan itu dibuat mengambil kira kajian dilakukan Pejabat Peguam Negara. Kajian dan keputusan itu telah dibuat terlebih dulu berdasarkan keterangan yang ada,” katanya.

Peguam pasangan tersebut, Haresh Mahadevan juga mengesahkan bahawa kedua-dua anak guamnya itu hadir ke Mahkamah Seremban atas tuduhan melanggar SOP PKPB dan tidak membabitkan tuduhan rentas negeri.
Peguam pasangan tersebut, Haresh Mahadevan turut mengesahkan perkara tersebut semasa ditemui media di Mahkamah Seremban.

Namun begitu, pihak polis merujuk semula kes merentas negeri membabitkan pasangan tersebut untuk diteliti semula oleh Pejabat Peguam Negara. Kes melibatkan pasangan ini sentiasa menjadi buah mulut & perhatian rakyat Malaysia yang seakan mahu pasangan tersebut dikenakan hukuman penjara kerana didakwa tidak serik dan tidak menghormati undang-undang seperti rakyat Malaysia yang lain.
Petisyen dengan tanda pagar #PenjarakanNeelofa juga telah ditandatangani oleh lebih 71,000 orang setakat ini.

Isu yang sedang bikin panas ini turut mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang turut dilihat bergurau senda di laman media sosial Twitter berhubung isu “Nilai 3” ini.
 
Ciapan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari mengenai isu “Nilai 3” ini.

 

Ciapan balas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengenai isu “Nilai 3” ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *