#WAAW Kerana ego Ruffegde bubar?

 #WAAW Kerana ego Ruffegde bubar?

PETALING JAYA: Kumpulan pop R&B Ruffedge dianggotai Azan Addin, Cat Farish, Mode, Sein Qudsi dan Zain Hamid pernah menjadi gelombang dan fenomena sewaktu awal kemunculan mereka dahulu namun kini dikhabarkan hampir terkubur.

Biarpun terdapat dakwaan sebegitu, Ruffedge menafikannya dan menegaskan bahawa mereka masih lagi aktif dalam industri hiburan tempatan.

“Ketika ini Ruffedge terpaksa memperlahankan perjalanan seni kami kerana akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.

“Waktu kami nak buat comeback dulu pun susah sebenarnya, ahli kumpulan ini ada ego sebenarnya, sebab tu bubar, tapi bagi kami tak ada isu terkubur, kami akan teruskan seperti biasa,” kata Azan Addin.

Ditanya mengenai perancangan untuk tahun 2021 ini, Ruffedge bakal mengeluarkan album pertamanya selepas kemunculan kembali dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyiapkan album ini jika (PKP) telah berakhir.

“Tunggu masa PKP ni habis kemudian kami akan selesaikan saki baki album ini, lagipun peminat kami menunggu album ini kerana mereka sukakan fizikal album macam dahulu,” ujar Azan Ruffedge kepada Wacana.my

Izz Fizz

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *