#WAAW: Kepala Tajul terkehel ketika sambut anak kedua

 #WAAW: Kepala Tajul terkehel ketika sambut anak kedua
Oleh Farhana Ab Rahman PETALING JAYA — “Alhamdulillah, berkat doa korang semua… tak sampai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin, isteri saya selamat bersalin dengan normal.
“Baby boy, sepasang dah dapat! Walaupun kepala aku terkehel tadi sebab bini aku tarik semasa contraction dia sangat kuat. Nasib baik masih selamatā€.
Demikian perkongsian penyanyi, Tajul Ariff yang memaklumkan isterinya iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada petang semalam.
Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md. Shari berkata bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.
Penyanyi laguĀ Sedalam-Dalam RinduĀ ini berkongsi berita gembira itu menerusi lamanĀ InstagramĀ miliknya.
Sementara itu, Tajul memberitahu dia akan mendedahkan nama anaknya itu tidak lama lagi.
“Nama baby nanti Tajul akan umumkan. Terima kasih banyak kerana perkhidmatan terbaik diberi kepada kami dan doktor, jururawat dan staf banyak membantu.
“Terima kasih semua yang mendoakan… sayang korang!” katanya.
Dalam hantaran yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital kerana memberi layanan yang baik sepanjang proses bersalin itu. Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan anak sulung perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.  

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  5  =