#WAAW Kehamilan Fasha Sandha palsu?

 #WAAW Kehamilan Fasha Sandha palsu?

PETALING JAYA : Aktres popular, Fasha Sandha berkongsi, bahagian perutnya berbirat-birat akibat memakai ‘perut hamil’ palsu bagi menjayakan watak Nisa jadi bukanlah Fasha memalsukan kehamilannya. 

Malah, dia juga sering kali di sangka hamil kerana karakter lakonannya dalam drama bersiri Scammer yang turut menampilkan Siti Saleha dan Kamal Adli selaku teraju utama.

Fasha Sandha

“Banyak sebenarnya cabaran untuk menjadi Lisa, antaranya adalah saya sering disangka hamil bagi menjayakan watak gadis manja yang mempunyai perasaan bercampur baur.

“Malah, bahagian perut saya juga berbirat-birat kerana perlu memakai perut palsu untuk tempoh yang lama. Mungkin kelihatan mudah, namun kurang selesa juga kerana berjam-jam memakai getah itu.

“Ada juga yang keliru sama ada saya hamil lagi kerana ingin melakonkan watak Lisa ini. Selain itu, saya juga perlu memahami dan mendalami lebih lanjut mengenai wang haram yang merupakan tema utama drama Scammer.

“Sebelum memberikan informasi kepada orang ramai, semestinya barisan pelakon sendiri perlu membuat kajian lanjut mengenai pengubahan wang secara haram,” kata Fasha.

Fasha, 36, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, berkongsi mengenai wataknya dalam drama bersiri arahan Norhanisham Muhammad (Labu) secara maya pagi Jumaat.

Menerusi sesi yang sama, Arash Mohamad yang juga barisan drama bersiri turut berkongsi mengenai watak yang diamanahkan kepadanya.

Drama bersiri berkenaan mula bersiaran pada 24 Mei 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam hanya di Astro Ria.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  4