#WAAW: Kalau diikutkan, saya masih positif Covid-19 – Sweet Qismina

 #WAAW: Kalau diikutkan, saya masih positif Covid-19 – Sweet Qismina

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : “Kalau diikutkan, saya masih positif Covid-19 cuma ia tidak aktif dan menurut doktor, badan akan pulih sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

“Dituduh sebagai punca yang membawa Covid-19 ke set penggambaran, pada mulanya memang saya marah kerana orang menuding jari kepada kita. Namun, apabila difikirkan semula, kita tidak boleh menyalah sesiapa mempunyai pemikiran begitu”.

Sweet Qismina

Demikian kenyataan pelakon, Sweet Qismina apabila ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran label Warner Music Malaysia yang bertempat di Sunway Resort, Selangor, malam tadi.

Menurutnya, dia adalah antara individu yang sanggup melakukan ujian calitan setiap dua minggu untuk memastikan kesihatannya berada dalam keadaan baik, namun, tetap diuji dengan penyakit ini.

“Ada yang beriya menjaga, tapi kena positif. Tak ada sesiapa yang nak penyakit ini. Saya antara orang yang sanggup buat ujian calitan setiap dua minggu sekali, tapi, bila Allah kata nak kena, memang nak kena juga.

“Ia adalah pengalaman yang sangat luar biasa kerana bukanlah sesuatu yang kita minta tetapi takdir. Saya akan ingat untuk diceritakan semula kepada anak dan cucu pada masa akan datang.

“Perasaan itu bercampur baur, sedih ada, sakit hati pun ada juga. Dalam tempoh 10 hari ketika kuarantin, pasti ada satu hari yang mana kita berada pada titik paling bawah yang membuatkan kita terlalu ‘down’ sehingga rasa tiada harapan untuk hidup,” kata Sweet.

Untuk rekod, pada 21 April lalu, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi,24, berkongsi berita mengenai dirinya yang disahkan positif dijangkiti Covid-19 di Instagram.

Dia menjalani tempoh rawatan serta kuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak selama 10 hari.

Selepas Sweet Qismina disahkan positif Covid-19, penerbit Cintakasih Productions Sdn Bhd, Aida Aris, mengesahkan lima lagi individu lain dalam produksi terbabit turut dijangkiti wabak berkenaan.

Katanya jangkitan tersebut berlaku ketika mereka menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak pada 15 April lalu.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

24  −  23  =