#WAAW: Kaka kongsi realiti rumah tangga menerusi Janjiku

 #WAAW: Kaka kongsi realiti rumah tangga menerusi Janjiku

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA, 5 April: Penyanyi, Kaka Azraff tidak ralat berkongsi realiti kehidupan rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff untuk tatapan umum menerusi muzik video Janjiku.

Kaka atau nama penuhnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 32, berkata, setiap hubungan pastinya mempunyai dugaan dan cabaran tersendiri, namun penting untuk mempertahankan bahtera yang dibina.

“Lazimnya kita hanya melihat sisi gembira yang dipaparkan di media sosial, jadi saya cuba memberi inspirasi kepada mereka di luar sana mengenai realiti dalam sesuatu hubungan.

“Saya ada juga melihat hubungan suami isteri yang diduga namun mereka memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian. Berbeza bagi saya kerana dugaan dan pergaduhan itu yang menguatkan lagi sesuatu rumah tangga.

“Walaupun rumah tangga saya masih baharu, namun kita berpegang pada janji untuk mempertahankannya. Mungkin perkara ini jarang dijadikan plot muzik video, saya memilih kelainan bagi menampilkan realiti kehidupan berumah tangga,” kata Kaka kepada Wacana.my.

Single Janjikan ciptaan komposer MFMF dan Tysha Tiar, mengisahkan mengenai hubungan dalam rumah tangga dan Kaka cuba menonjolkan realiti kehidupan dalam sesuatu perhubungan.

Kaka berkahwin dengan ahli perniagaan, Adam Azriff pada 14 Disember 2018.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Aslan yang dilahirkan pada 11 Oktober 2019.

“Adam sebelum ini berdepan dengan anxiety (masalah kerisauan yang melampau) kerana terlalu memikirkan kata-kata orang sekeliling.

Namun, apabila kita berada pada satu tahap berbeza, ia membuktikan gabungan kami berdua menjadikan kami lebih kuat. Bagi saya, kemenangan di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) pun kerana saya bersama dengan orang yang Allah berkati.

“Malah, Adam juga bersetuju untuk berkongsi suka duka kehidupan berumah tangga bagi memberikan inspirasi kepada mereka di luar sana,” kata Kaka.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

19  −  12  =