#WAAW: Kak Lina Pom Pom hamil

 #WAAW: Kak Lina Pom Pom hamil

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Elly Mazlein mengesahkan berita gembira yang dia kini hamil anak kedua menjawab persoalan mengenai ‘baby bump’ yang jelas kelihatan dan menjadi perbualan hangat kebelakangan ini.

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkongsi perkhabaran gembira itu di akaun Instagram miliknya malam tadi.

“Bismillahirrahmannirahim..Syukur Alhamdulillah… Tidak lama lagi akan lahir nyawa kecil dalam keluarga kami.

“Atuk akan dapat cucu lagi, papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja akan dapat adik (tapi kakak manja mintak “sister” mana-mana pun tak apa janji baby sihat dan dipermudahkan).

“Dan mama tidak sabar untuk menjaga semua suri hati ini. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah,” luah Elly.

Muatnaik oleh Elly Mazlein di laman Instagram miliknya malam tadi

Pelakon yang mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom itu turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat diri dan keluarga kecilnya.

Sebelum ini, tular spekulasi Elly kini sedang hamil selepas sebuah video menerusi akaun TikTok Suria FM yang menampakkan seolah-olah kelihatan baby bump.

Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

63  −    =  54