#WAAW: Kaitkan Ezlynn dengan pengubahan wang haram, lelaki tampil mohon maaf

 #WAAW: Kaitkan Ezlynn dengan pengubahan wang haram, lelaki tampil mohon maaf

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Seorang individu tampil membuat permohonan maaf terhadap Ezlynn selepas penyanyi wanita itu memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyebar berita berbaur fitnah.

Individu yang merupakan pemilik akaun Ryan Ricm itu memohon maaf bagi pihak pemilik akaun Ryan Ricmal kerana meninggalkan komen di kes tular dokumen mengaitkan Ezlynn dan seorang pelakon sebagai pihak yang terbabit bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pengubahan wang haram.

“Waalaikumussalam Puan.. saya mohon YM Puan utk maafkan Isteri saya atas perbuatannya. Kemungkinan dia stress dgn keadaan dan situasi yang dia alami yang mana keadaan mentalnya sekarang amat tidak stabil.

“Malah, saya sudah maklumkan pada ibunya untuk memadamkan segala yang telah dia tulis bekenaan Puan. Mohon tindakan undang undang tidak diambil.

“Di Bulan Ramadhan nie saya mohon bagi pihak utk memaafkan saya dan keluarga. Terima kasih pada YM Puan kerana banyak membantu saya dan saya mohn YM Puan pertimbangkan rayuan saya ini. Kesian dia menjaga anak istimewa seorang diri di Perlis,” tulisnya.

Terdahulu, tular dokumen yang mengaitkan Ezlynn dan seorang pelakon sebagai pihak yang terbabit bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pengubahan wang haram bersama lelaki itu.

Oleh itu, Ezlynn membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, dua hari lalu, bagi menafikan pembabitannya bersama seorang pelakon dengan seorang lelaki yang terbabit dalam kegiatan haram seperti yang tular ketika ini.

Pada masa sama, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin akan memfailkan saman terhadap dua pihak iaitu pemilik akaun Facebook Ryan Ricmal dan Jabatan Netizen Negara Official yang dikenal pasti menular dokumen terbabit yang mencemar imej dan menjatuhkan maruahnya.

“Kenapa terlalu teruja menyebarkan sesuatu tanpa usul periksa? Saya ingin memberi amaran kepada pihak di luar sana yang terlalu rakus di media sosial. Apatah lagi, kita berada dalam bulan puasa, lebih baik beramal daripada bergosip begini.

“Apa yang tersebar itu adalah perkara yang berlaku lima bulan lalu yang mana saya tampil bagi membantu siasatan. Saya tidak menyalahkan institusi polis secara menyeluruh sebaliknya ada pihak yang bertanggungjawab yang menularkan dokumen rahsia itu.

“Adik saya sendiri adalah polis, jadi saya meminta pendapat dan nasihatnya berhubung isu ini. Jadi, saya bercakap berdasarkan fakta dan bukan sekadar mengikut emosi. Saya ada ibu bapa, bagaimana perasaan mereka jika mendapat tahu mengenai fitnah yang timbul ini? Oleh itu, saya perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melampau,” kata Ezlynn kepada Wacana.my

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

72  −    =  65