• Thursday, 17 June 2021, 1:26 pm

#WAAW: Jual barang guna nama Search tanpa kebenaran, peniaga berdepan tindakan guaman

 #WAAW: Jual barang guna nama Search tanpa kebenaran, peniaga berdepan tindakan guaman

PETALING JAYA, 20 Mei — Seorang peniaga didakwa telah menyalahgunakan nama, imej dan logo kumpulan SEARCH tanpa kebenaran.

Individu tersebut didakwa telah menjual kasut jenama Aliph 2021 atas nama ‘Fenomena SEARCH’ tanpa kebenaran dan tindakan ini merupakan satu kesalahan hakcipta jenama.

Selain itu, individu ini juga didakwa menjual pakaian-pakaian dan aksesori menggunakan nama, imej-imej dan logo yang
berkaitan dengan SEARCH tanpa kebenaran untuk tujuan komersil yang juga merupakan satu lagi kesalahan.

 

Menurut kenyataan yang Waaw.my terima tidak ada perjanjian dengan SEARCH dan SEARCH tidak mendapat royalti dari hasil penjualan dan penggunaan nama mereka setakat ini.

Justeru, Amy dan Nasir dan waris-waris arwah Yazit telah mengambil nasihat guaman dan hari ini telah mengeluarkan tuntutan terhadap Mozylir Bin Mokhtaruddin/Home of Champions untuk menghentikan kegiatan-kegiatan menggunakan nama SEARCH tanpa kebenaran.

Satu sesi siaran langsung akan dijalankan menerusi laman Instagram Amy SEARCH (@akuamysearch) pada pukul 8.00 malam pada hari Jumaat 21 Mei bagi menjawab dan menjelaskan kontroversi yang berlaku berhubung perkara ini

Untuk rekod, SEARCH dianggotai oleh Amy, Yazit, Nasir, Hillary dan Nordin. Namun Hillary berundur selepas album ketiga Search, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Kid mengambil alih tempat Hillary dari album keempat mereka, Fenomena.

Album SEARCH yang terakhir iaitu Katharsis dikeluarkan oleh Amy, Nasir, Nordin dan Kid pada tahun 2017.

Pada masa itu, arwah Yazit tidak bermain di dalam album tersebut atas sebab keuzuran beliau. Seperti yang semua maklum, arwah Yazit telah meninggal dunia pada tahun 2019.

Ahli-ahli SEARCH telah bersetuju untuk memastikan bahawa hak-hak arwah Yazit kepada nama SEARCH dan kerja-kerja beliau untuk SEARCH dari tahun 1981 akan diberikan kepada waris-waris arwah Yazit.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *