#WAAW Jennifer Aniston damba kekasih bukan orang terkenal?

 #WAAW Jennifer Aniston damba kekasih bukan orang terkenal?

Lumrah bergelar selebriti, setiap gerak geri pasti menjadi perhatian. Begitu juga yang dirasakan oleh bintang Hollywood, Jennifer Aniston yang enggan bercinta sesama rakan selebriti.

Selepas pernah bernikah dengan pelakon Brad Pitt pada 2000 hingga 2005 dan Justin Theroux (2015-2017), Aniston seperti trauma untuk menjalinkan hubungan asmara dengan figura popular.

“Saya pernah berkahwin dengan orang terkenal. Apa yang saya harapkan sekarang adalah seorang lelaki yang tidak terkenal.

“Mungkin lebih menyenangkan sekiranya tidak bercinta sesama orang yang dikenali, tidak terlalu mendapat perhatian,” kata Aniston.

Aniston berkata, dia kini mencari teman lelaki yang bukan dalam kalangan orang industri hiburan.

Kisah percintaan Aniston sering meraih perhatian ramai. Malah, sejak kebelakangan ini, pelakon berusia 52 tahun itu didakwa menyukai pelakon David Schwimmer.

Perasaan itu muncul ketika mereka membintangi sitkom Friends: The Reunion yang popular ketika ini.

Menerusi siri Friends, mereka berperanan sebagai Ross dan Rachel. Watak Ross lakonan Schwimmer dikatakan sudah memendam perasaan terhadap Rachel sejak remaja.

Namun, begitu banyak rintangan yang harus dilalui sebelum kedua-duanya bersama. Malah, selepas berjaya bersama, Ross dan Rachel kerap melalui episod putus cinta sepanjang 10 musim Friends.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *