• Monday, 21 June 2021, 4:00 am

#WAAW: Janna Nick syok sampai melompat dapat Vespa

 #WAAW: Janna Nick syok sampai melompat dapat Vespa

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa teruja apabila menerima kejutan sejenis motosikal jenis skuter Vespa sempena ulang tahun kelahirannya ke-26. Tidak mengharapkan sebarang hadiah pada tahun ini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir melompat kegembiraan apabila dikejutkan oleh kekasihnya, Dini Azan Schatzmann.

“Saya sudah berpesan untuk tidak membelikan sebarang hadiah pada tahun ini kerana awak perlu menyimpan wang untuk membeli rumah kita bersama nanti.

“Namun, semestinya saya teruja dan menghargai hadiah yang awak berikan ini. Cuma, saya tidak mahu awak membazir kerana perlu merancang pelbagai perkara untuk masa depan kita,” luah Janna.

Menurut pengacara program Melodi ini, dia sudah berpesan kepada teman lelakinya agar menyimpan wang untuk membeli rumah untuk mereka berdua selepas berkahwin. Menerusi video berdurasi tiga minit 35 saat itu, pelakon telefilem Misteri Mona: Kuserumu Kembali ini melompat kegembiraan apabila melihat hadiah tersebut. Pada tahun lalu, Janna menerima kejutan bag jenama mewah sempena ulang tahun kelahirannya. Video berkenaan turut dikongsikan di media sosial pengacara itu.

 

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *