• Monday, 21 June 2021, 2:15 am

#WAAW: Janna Nick belum jumpa ubat bipolar?

 #WAAW: Janna Nick belum jumpa ubat bipolar?

PETALING JAYA : Penyanyi, Janna Nick mendedahkan belum berjumpa dengan ubat yang bersesuaian penyakit bipolar yang dihadapinya.

Janna atau pemilik nama penuh, Nurul Jannah Muner, 26, yang sebelum ini berkongsi gangguan mental yang dihadapinya itu kepada umum berkata, dia sudah empat kali menukar ubat.

Jelas pengacara Melodi itu, ubat-ubat yang diambil sebelum ini tidak bersesuaian dengan kerjayanya kerana membabitkan emosi.

“Satu masalahnya sebab kerja saya memerlukan emosi. Sebagai pelakon saya perlukan emosi yang sangat maksimum bila berlakon… kalau kena babak sedih, kena betul-betul sedih.

“Sekarang saya dalam fasa mencari ubat yang sesuai, setakat ini saya dah empat kali tukar ubat.

“Bila ambil ubat, dia akan buatkan kita jadi relak… disebabkan itu saya masih mencari ubat yang sesuai dengan kerja saya,” katanya.

Berkongsikan pengalamannya, Janna berkata dia kini masih lagi berjuang untuk diri sendiri bagi melawan penyakit bipolar yang baharu sahaja didiagnosis baru-baru ini.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *