• Sunday, 20 June 2021, 11:09 am

#WAAW: Janganlah menyusahkan kami sehingga 10-15 take – Ben Amir

 #WAAW: Janganlah menyusahkan kami sehingga 10-15 take – Ben Amir
Ben Amir kongsi pengalaman berdepan dengan pendatang baru

PETALING JAYA :“Saya menerima secara terbuka kehadiran pelakon baru, cuma janganlah sehingga menyusahkan kami pula. Pernah sehingga 10 – 15 take kerana kurang pengalaman.

Pelakon, Ben Amir terbuka menerima kehadiran pendatang baru dalam industri hiburan selagi kehadiran mereka tidak memberikan impak terhadap perjalanan kerjayanya.

Ben Amir atau Muhammad Amir Sabaruddin, 31, berkongsi pengalaman berdepan dengan pendatang baru yang dipilih berdasarkan populariti di media sosial.

“Pernah sebelum ini saya mempunyai pengalaman berlakon dengan pendatang baru, tetapi ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki jika ingin bekerjasama pada masa hadapan.

“Ia memberi impak kepada keseluruhan produksi. Jadi, kalau boleh biarlah mereka membawakan watak sampingan dahulu untuk menimba pengalaman sebelum diberikan peranan utama,” kata Ben.

Selain Ben Amir, drama Diva Popular masih mengekalkan Ogy dan Erma sebagai teraju utama bersama barisan pelakon hebat antaranya Tiz Zaqyah, Nabila Huda dan Syafiq Kyle.

Ben berkongsi secara ringkas dalam satu sesi sidang media secara virtual bagi mempromosikan drama Diva Popular terbitan Rumah Karya Citra untuk tayangan di Awesome TV.

Selain Ben Amir, drama Diva Popular masih mengekalkan Ogy dan Erma sebagai teraju utama bersama barisan pelakon hebat antaranya Tiz Zaqyah, Nabila Huda dan Syafiq Kyle untuk menambahkan kehangatan siri tersebut.

Sudah mula menemui penonton melalui Slot Dramatix, setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam hingga 8 malam hanya di Awesome TV di Astro, saluran 123 dan MyTV, saluran 112.

Drama siri itu mengisahkan pertelingkahan yang tiada kesudahan di antara anak-anak Diva Popular Datuk Rona Alfonso (Erma Fatima) dan Lola Kartika (Fauziah Ahmad Daud) yang merupakan musuh sejak azali.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *