• Sunday, 20 June 2021, 9:51 am

#WAAW: Jangan tuding jari, tengok diri sendiri – Sweet Qismina

 #WAAW: Jangan tuding jari, tengok diri sendiri – Sweet Qismina

Sweet Qismina

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pernah dijangkiti virus COVID-19, pelakon Sweet Qismina berharap orang ramai tidak memandang remeh wabak yang sedang melanda negara kita.

Luahan dan ‘rasa geram’ dikongsikan oleh Sweet Qismina di laman Instagram miliknya

Sweet berkongsi mengenai artikel peningkatan kes COVID-19 sehingga Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan jenazah yang meninggal dunia akibat wabak itu.

“Haa keluarlah lagi macam hari hari biasa. Lepak, pergi pusat membeli-belah, lepak seperti biasa. Berita daripada Instagram Story saya sebelum ini hanya akan terjadi kepada negara yang mana angka kes COVID-19 tidak terkawal.

“Jangan tuding jari, tengok diri sendiri. Tak payah kata bosan, frontliners lagi bosan dan penat hadap situasi yang tidak berhenti ini sejak tahun lalu. Jika positif pun, doktor bukan hanya nak layan awak seorang saja.

“Kalau tidak bersentuhan pun boleh kena, apatah lagi menyentuh barang awam. Paranoid? Ia lebih kepada jangan pentingkan diri sendiri. Orang yang datang rumah pun saya berikan sanitizer, inikan pulak yang datang dari mana. Tolonglah!,” luah Sweet.

Untuk rekod, pada 21 April lalu, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi,24, berkongsi berita mengenai dirinya yang disahkan positif dijangkiti Covid-19 di Instagram.

Artikel yang dikongsikan oleh Sweet itu disahkan dan disebarkan sendiri menerusi akaun rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di beberapa platform media sosial.

Keratan artikel itu turut disokong dengan kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) untuk merawat pesakit COVID-19 mencecah 80 peratus di seluruh negara.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *