• Monday, 21 June 2021, 3:14 am

#WAAW: Jangan pula masuk industri ada skandal dan gambar bogel – Erma Fatima

 #WAAW: Jangan pula masuk industri ada skandal dan gambar bogel – Erma Fatima

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pengarah dan penerbit, Erma menegaskan setiap bakat baru perlu memasang niat yang betul terlebih dahulu sebelum menceburi persada seni tempatan.

Erma atau nama penuhnya Fatimah Rahmad Ali, 53, menjelaskan, hanya dengan niat yang telus dapat menjamin kelangsungan kerjaya mereka pada masa depan.

Erma turut mengingatkan agar setiap pendatang baru yang mendapat peluang menapak sebagai pelakon supaya tidak mensia-siakan tawaran yang diberi dengan melakukan perkara yang memburukkan nama industri.

“Industri ni ada dua jenis pelakon saja. Satu pelakon yang sebenar (real actor) satu lagi pelakon palsu (fake actor). Jika pelakon tu betul-betul nak berlakon, dia akan menilai dan terima tawaran yang bagus dan buat kerja bersungguh-sungguh.

“Jika sebaliknya, ni yang jenis nak cari sugar daddy atau nak tumpang glamor semata-mata. Dan tolong jangan pula masuk-masuk industri terus keluar berita skandal atau gambar bogel. Jangan rosakkan nama industri.

“Kami (penerbit) tak ada alat untuk mengukur ketelusan tu cuma dapat memberi ruang dan peluang. Dari situ, baru dapat lihat ‘warna’ sebenar seseorang pelakon,” katanya.

Erma atau nama penuhnya Fatimah Rahmad Ali, 53, berpendapat, kehidupan seseorang pelakon itu sentiasa ada pasang surutnya, justeru mereka perlu bersedia untuk dipuja atau mungkin dihina serta dilupakan tatkala sudah berusia, katanya.

Malah, dia juga tidak mempunyai masalah sekiranya sesebuah stesen televisyen dan produksi menerima kehadiran pendatang baru yang diyakini boleh memeriahkan kembali industri seni.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *