#WAAW Jangan gagap ehhh… – Yusuf Bahrin beri bayangan bakal bernikah dengan Zizi Kirana?

 #WAAW Jangan gagap ehhh… – Yusuf Bahrin beri bayangan bakal bernikah dengan Zizi Kirana?

PETALING JAYA : “Amin Allahumma Amin…terima kasih Abangku..Jangan gagap Ehhhhh…

“MashaAllah..Amin Allahumma Amin.. Terima kasih Ustaz Malek atas doa buat saya. InsyaAllah selesai urusan saya ini, saya akan berjumpa ustaz. Jazakallah Khair Ya Ustaz”.

Demikian jawapan balas pelakon, Yusuf Bahrin kepada dua sahabat rapatnya yang seakan-akan mengiyakan dakwaan bakal bernikah pada hari ini.

Yusuf dan penyanyi, Zizi Kirana memilih untuk mengunci mulut namun bayangan yang diberikan di media sosial seakan-akan memberi jawapan kepada teka teki majlis pernikahan mereka.

Terdahulu anak kelahiran Selangor ini dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi kelahiran Sabah, Zizi Kirana apabila ada sumber mengesahkan mereka sudah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah.

Hubungan cinta mereka pertama kali dihidu selepas tular video rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘Sayang’ ketika mengadakan sesi IG Live pada beberapa minggu lalu.

Pelantun lagu Eh tersebut sebelum ini mengaku mula akrab dengan Yusuf sekitar dua bulan lalu melalui laman Instagram.

Namun, Zizi, 36, sudah mengenali pelakon yang berusia 7 tahun lebih muda daripadanya itu sewaktu sama sama menjayakan program All Together dan enggan melabelkan atau berharap terhadap hubungan baik mereka.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *