Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
#WAAW: Jaga SOP, tak campur orang, Puteri Sarah kecundang COVID-19

Puteri Sarah Liyana
Oleh Farhana Ab Rahman
PETALING JAYA : Pelakon, Puteri Sarah disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan (swab test) ketiga dan kontak rapatnya bermula 10 Mei untuk melakukan pemeriksaan.
Puteri Sarah turut memohon maaf kepada suami, keluarga dan kontak rapat yang pernah berhubung dengannya sebelum ini. “Minta maaf sesiapa yang kontak rapat dengan Sarah dari 10 Mei pergilah swab test.
“Minta maaf kepada family saya, suami dan anak-anak… doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa nak buat, jaga diri semua.


“Sebelum ni kuarantin tiada simptom apa-apa pun, Sarah sihat tapi terkena juga, ” luah Sarah menerusi paparan di akaun Instagramnya.
Tidak berdepan sebarang simptom, Puteri Sarah, 35, berkata, dia disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan (swab test) ketiga.
Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu, dia tidak menyangka akan dijangikiti wabak tersebut meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom yang membimbangkan.

“Assalamualaikum semua, sebaik-baik kita menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan tak campur orang, akhirnya kecundang juga.
“Saya merupakan individu daripada kategori C sebelum ini sebab menjalani penggambaran dan dua kali buat ujian calitan saya disahkan negatif.
“Paling menyedihkan, semalam buat lagi ujian calitan sebab saya tak ada deria rasa bila makan dan tak ada deria bau. Bila buat ujian calitan ketiga semalam, saya disahkan positif Covid-19,” tulisnya.