#WAAW Jadi wajah produk antarabangsa, Meerqeen dilihat mahal?

 #WAAW Jadi wajah produk antarabangsa, Meerqeen dilihat mahal?

PETALING JAYA : Pendatang baru, Meerqeen berharap segelintir pihak tidak mempunyai persepsi sendiri mengenai bayarannya biarpun wajahnya mewakili jenama antarabangsa seperti Dior, Coach, Adidas dan banyak lagi.

Malah, dia juga tidak melabelkan dirinya sebagai seorang selebriti tanah air yang ‘mahal’ meski pernah berkerjasama dengan jenama fesyen antarabangsa itu.

Malah, fokusnya ketika ini bukanlah pada bayaran semata-mata, sebaliknya ilmu yang diperoleh bersama sesuatu projek itu.

“Secara peribadi, saya sendiri tidak menganggap letak harga terlalu tinggi ini menjadi isu kerana saya masih baru dalam industri ini. Banyak yang perlu saya belajar dan timba dulu.

“Jadi tidak timbul soal meletakkan harga yang terlalu mahal atau mahupun bersikap ‘demand’ terhadap soal kadar bayaran kepada saya.

“Pada saya, soal kadar bayaran bukan satu keutamaan kepada diri saya, apa yang saya mahu hanyalah bayaran yang setimpal kepada saya, soal bayaran ini cuma sekadar sebahagian daripada karier penggiat seni,” katanya.

Pemilik nama lengkap Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menambah, nilai kemahiran dan pengalaman dalam dunia lakonan menjadi fokusnya ketika ini, berbanding soal kadar bayaran.

Malah dia sendiri mahu lebih cari ilmu dalam seni sementelah baru diterima ramai.

“Pada saya kemahiran dan pengalaman itu adalah lebih penting berbanding mengenai kadar bayaran kepada seseorang pelakon sebab dengan pengalaman itu kita boleh mengasahkan bakat lakonan,” katanya lagi.

Merqeen berkata demikian pada sidang media pelancaran rancangan permainan terbaharu, Ceria Xtra #DudukRumah baru-baru ini.

Bintang ini menjadi antara 16 selebriti tanah air yang turut terlibat dalam rancangan permainan terbaharu kanak-kanak itu.

Program ini lakukan secara kerjasama Astro Ceria dan produksi Red Communications Sdn Bhd yang sebelum ini turut menerbitkan siri popular ‘Oh My English’ dan ‘SMK’.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

20  −  17  =