#WAAW Jadi ibu pada usia muda bukan sesuatu yang mudah – Erynne Erynna

 #WAAW Jadi ibu pada usia muda bukan sesuatu yang mudah – Erynne Erynna

PETALING JAYA :  Pelakon, Erynne Erynna, 24, tidak pernah menyesali keputusannya untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda.

Mengakui bukan mudah menyandang status isteri dan ibu pada usia muda, namun banyak membentuk dia supaya menjadi lebih matang dalam setiap tindakan.

“Saya berkahwin pada usia saya 21 tahun dan saya akui berkahwin pada usia muda bukan sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang perlu kita belajar dan sebagainya.

“Biarpun bukan mudah namun banyak yang telah saya pelajari. Ia adalah satu proses pembelajaran dan pengalaman yang sangat berharga buat saya.

“Sedikit sebanyak pengalaman itu membuatkan saya lebih faham akan tanggungjawab ibu. Secara tidak langsung menjadikan saya lebih menghargai ibu saya.

“Menjadi seorang ibu memang sukar, daripada mengandung, melahirkan sehingga membesarkan anak, ia adalah satu pengembaraan yang sukar digambarkan,” kata Erynne.

Erynne berkongsi mengenai perkembangannya itu ketika sesi temu bual secara maya bersama pelakon drama terbaharunya, Ali Alia, baru-baru ini.

Selepas lama tidak tampil di kaca televisyen, lakonan Erynne kini boleh dilihat menerusi drama arahan Heykal Hanafiah yang mula ditayangkan di Astro Prima pada 24 Ogos yang lalu.

Membawakan watak remaja autisme iaitu Alia, Erynne bersyukur kerana diberi kepercayaan menghidupkan watak berat itu.

“Terima kasih pada abang Heykal kerana percaya pada saya untuk membawakan watak ini yang sememangnya pada saya ia adalah watak yang berat.

“ Untuk membawakan watak anak istimewa seperti ini adalah satu penghargaan dan pengajaran juga buat saya. Jujurnya, saya banyak belajar dari watak ini,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

54  +    =  57