#WAAW: Ingatkan trending kerana lemang – Fazura

 #WAAW: Ingatkan trending kerana lemang – Fazura

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Pelakon, Nur Fazura terpinga-pinga tatkala apabila namanya dikatakan ‘trending’ di laman sosial, Twitter, malam tadi.

Fazura menjelaskan, tidak tahu menahu mengenai perihal itu dan menganggap namanya viral kerana ciapan lemang yang dimuat naik semalam.

“Sejujurnya saya memang tidak tahu kenapa nama saya menjadi trending malam tadi. Ingatkan kerana saya memuat naik twit mencari lemang dan meletakkan ayat lemak masin.

“Takut ada yang tersalah tafsir pula dengan penggunakan perkataan itu. Kebetulan saya tidak bekerja semalam, jadi tidak memegang telefon kerana Fatima juga baru tumbuh gigi.

“Saya banyak menghabiskan masa dengan Fatima. Jadi, apabila memeriksa telefon beberapa rakan bertanya kenapa nama saya menjadi trending,” kata Fazura.

Fazura menjawab mengenai situasi namanya menjadi trending di Twitter malam tadi ketika ditemui pada majlis meraikan anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Cahaya Kasih di Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Fazura dan suaminya, Fattah Amin yang juga duta produk kasut, BATA Malaysia mengagihkan dan beramah mesra bersama anak-anak yatim menjelang Aidilfitri.

“Setelah menjalani perbincangan bersama pihak BATA, kami mencapai kata sepakat memilih rumah anak yatim ini kerana kurang diberi perhatian berbanding yang lain.

“Alhamdulillah…gembira rasanya melihat mereka dapat beraya dengan kasut baru. Seramai 30 orang anak-anak daripada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Cahaya Kasih,” kata Fazura.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  49  =  50