#WAAW: Impian kahwini Halimah Jonggang tercapai

 #WAAW: Impian kahwini Halimah Jonggang tercapai

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : “Gara-gara diejek oleh rakan-rakan kerana watak Halimah Jonggang bersangkut paut dengan nama saya, ia menjadikan saya ingin tahu mengenai drama terbabit.

“Lama-kelamaan saya tersangkut pula dengan drama itu selepas teraju utamanya berubah wajah. Selepas drama itu, kebetulan saya menonton drama Si Capik yang turut menampilkan Sheera.

“Jadi dalam hati saya simpan impian, jika dapat berjumpa dengan Sheera suatu hari nanti, pastinya saya tidak melepaskan peluang itu”.

Demikian kongsi suami kepada pelakon Sheera Iskandar iaitu Mohd Halim Abdul Gani yang memulakan perkenalan dengan menghantar mesej di Instagram sebagai kapasiti seorang peminat.

Menyingkap awal perkenalan mereka, Halim, 34, memberanikan memulakan langkah pertama kepada Sheera sebaik pertama kali bertentang mata di balai polis tempatnya bertugas di Labuan.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada kira-kira pukul 6 petang Isnin dalam majlis serba sederhana yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

“Sudah lama sebenarnya saya mencari jodoh, cuma belum dipertemukan dengan yang insan istimewa itu. Alhamdulillah… pada saat bertentang mata dengan Sheera, segala urusan dipermudahkan.

“Selama 11 tahun saya berkhidmat di Labuan, jadi saya memohon untuk pulang kerana ingin mendirikan rumah tangga. Permohononan saya terus diluluskan dan kini berkhidmat di Kajang,” kata Halim.

Sementara itu, Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar, 36, berkata pada mulanya dia hanya melayan mesej yang dihantar suami dan menganggap dia meminati drama bersiri Gerak Khas.

Namun, lama-kelamaan hatinya tertaut dengan karakter Halim yang senang bersembang dengan dirinya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  7  =