#WAAW: Ifa Raziah cabar diri ambil risiko berniaga

 #WAAW: Ifa Raziah cabar diri ambil risiko berniaga

Ifa Raziah

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Selebriti, Ifa Raziah mencabar diri dengan mengambil risiko meneruskan jualan Star Vendors yang telah diusahakannya sejak tahun 2019 bagi tahun yang kedua untuk tahun ini.

Jika sebelum ini acara ini diadakan selama 72 jam tanpa henti bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), namun untuk tahun ini ia akan berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Ramai juga yang bertanya kenapa saya mengambil risiko dengan meneruskan Star Vendors, jawapannya kerana saya seorang yang suka cabar diri saya walaupun saya tahu perkara itu mungkin sukar untuk saya capai.

“Dulu saya selalu takut apabila orang cakap Ifa Raziah ni bodoh la. Dia ni bukan sekolah tinggi pun. Bukan dia boleh buat bisnes pun, dia tiada ilmu. Tetapi saya berjaya buat empat acara besar.

“Dengan pengalaman saya bekerja dengan orang selama empat tahun saya lihat macam mana penganjur buat kerja dari A to Z. Pengalaman itulah ‘ijazah’ saya dalam bidang ini. Bukan kerana saya masuk kelas bisnes ke tak ada”, katanya ketika ditemui di sidang media Starvendors 2021 baru-baru ini.

Karnival yang diberi nama Starvendors Mega Raya Fest 2021 kini kembali meneruskan tradisi acara tahunan dengan menghimpun 400 jenama fesyen, kecantikan dan kelengkapan rumah pada 7 hingga 9 Mei 2021.

Antara selebriti yang mengambil bahagian dalam festival ini ialah Datuk AC Mizal, Datuk Seri Vida, Cik B, Rozita Che Wan, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Erra Fazira, Rabbani, Zulin Aziz, Syamel, Ernie Zakri, Zoey Rahman, Zzi Kirana, Nana Mahazan dan ramai lagi.

Mengakui bukan mudah menyakinkan rakan-rakan selebriti untuk turun padang meniaga, Ifa Raziah bagaimana pun berjaya meyakinkan peniaga untuk menyertai acara anjurannya dengan akur janji bahawa dia akan bertanggungjawab sepenuhnya jika sesuatu berlaku terhadap acara yang dirancang.

“Ada vendor tanya, kalau PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) berlaku lagi macam mana? Saya beritahu mereka, tak apa jangan takut, saya tak akan lari. Macam tahun lepas, saya bayar balik. Tak pernah pun saya tipu. Kali ini kalau kata PKP ada lagi, saya bayar walaupun saya rugi. Saya tak nak nama saya busuk.

“Biarlah saya keluarkan duit sendiri, gadaikan duit Solid Molid dan sebagainya, asalkan nama saya tidak busuk. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan orang, jadi takkan saya hendak merosakkannya begitu saja,” katanya.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15  +    =  18